Best

Sunday, June 12, 2011

KENA RAGUT DAAAAA!!!

Assalamualaikum!!!

Alhamdulillah hari nie berkesempatan lagi aku nak menaip citer yang best2.. hari nie dah mula persekolahan.. mesti budak2 nie malas jer nak bangun kan.. dah best cuti panjang.. termasukla anak buah aku nie.. yang nak pergi tadika dengan mata yang berkaca-kaca (sebab nak nangis x nak pergi sekolah, ngeehhh!!! ngeehhh!!)

pagi ni tiba2 jer aku nak kongsi citer pasal ragut.. dari pengalaman aku sendiri yang x mungkin aku akan lupakan..  mungkin boleh jadi panduan dan ingatan pada korang semua.. Dulu mase bujang2 aku nie mmg kaki berjalan.. suka sangat berjalan dengan kengkawan. tapi aku bukan nya buat benda2 x elok.. hanya sembang dengan kawan2 time weekend.. nak isi masa lapang..

sebelum aku citer lebih panjang, aku nak bagi tau la kawasan gombak setia yang aku duduk tu memamg banyak sangat berlaku kes ragut.. terutama waktu pagi orang nak pergi kerja.. sampaikan orang kat sana dah biasa dengar perempuan menjerit kena ragut.. tapi yang aku heran xder pun tindakan apa2 dari pihak tertentu untuk mengatasi masalah nie... bukan apa dalam seminggu tu mesti ada 2-3 kali kes ragut.. aku dah rase mcm sarkas pulak.. ialah macam monyet naik motor pastu bawak motor laju2 pastu tarik handbag...ngeehh!! ngehhh!!

Ha berbalik pada citer aku tadi.. aku dari KL naik putra LRT dan berhenti kat stesen TAMAN MELATI. turun jer dekat situ, aku pun terusla tahan teksi nak balik rumah.. dari komuter ker rumah xderla jauh sangat.. tapi kalau nak jalan kaki agak jauh jugak.. macam biasa aku sensorang jer  balik masa tu.


dalam pukul 9 malam aku sampai dekat stesen TAMAN MELATI tu.. aku pun suruhla abang teksi hantar aku balik rumah... sebenarnya aku memang takut naik teksi sensorang.. tapi sebab aku malas nak susahkan abah ambik, jadi aku terpakse beranikan diri naik sensorang..

Dalam perjalanan, ntah mcm mana kan boleh pulak aku terpandang mat motor yang seiringan dengan teksi yang aku naik tu.... mat motor tu pulak x pakai helmet.. aku tgk mamat tu sorang jer masa tu.. masa aku pandang dia pun, xder pulak dia pandang aku dalam teksi tu.. (IALAH WAT PER NAK PANDANG KAN.. KALAU SITI NURHALIZA BERBALOI JUGAK..NGEEHHHH!! NGEEHHH) pastu dalam sekali pandang motor tu aku rase mcm terakam pulak muka dia camner..hee..hee.. asal ntah.. ALLAH bagi petunjuk pada aku agaknya..

bila dh sampai aku suhla teksi tu berhentikan.. tapi teksi tu berhenti kira seberang rumah aku la.. lepastu aku pulak duduk quarters kerajaan... maknenyer pagar besar ada satu jerla wlupun rumah byk dalam tu kan.. tapi teksi tu pulak bukan berhenti dekat pagar tu.. berhenti sebelum pagar dan agak jauh jugakla..bila aku dh bayar duit teksi dan kuar pada teksi dengan sambernyer.. aku pun nak jalan la menuju ker pagar besar tu.. tiba2 aku nampak macam ada 2 lembaga dalam gelap tu tengah duduk diam cam patung..

bila tengok betul2 ada 2 orang duduk atas motor duk dalam gelap tu.. dengan enjin motor dia tutup lampu motor semua tutup.. duk macam patung... bila aku dh ternampak, aku terusla kecut sebab aku syak nie mesti peragut punya.. memang x syak lagi.. masa tu pulak teksi tu belum lagi pegi.. bila aku dh nampak peragut tu aku pun barula nak panggil abang teksi tu suh benti dulu.. tapi x sempat teksi tu terus bla.. aku malas la nak jerit panggil teksi tu sebab kalau aku jerit mesti peragut tu tahu yang aku dh nampak dorang..

dorang ingat dorang jer boleh berlakon jadi patung. dorang x tau yang aku dh baper kali dapat award pelakon terbaik.. jadi aku nie pun pura2 la x nampak dorang.. pandai jugak aku nie.. jadi yang mamat 2 orang nie terusla MEMATUNG KAN diri.. konon2 aku x pasanla tu.. aku tahu bila aku melintas jer jalan barula dorang akan ragut..

masa tu pulak aku macam terkaku sekejap.. boleh pulak sempat pikir apa aku nak buat.. yang mat motor nie pun bengong tunggu jer aku dekat situ.. sebab dia bajet yang aku mesti akan lalu ikut pagar tu.. pulak2 masa tu xder keter lalu kat jalan tu.. tu yang buat aku tension.. kalau x maybe aku boleh minta tolong.. walaupun sebenarnya rumah aku depan tu jer.. tapi aku x berani nak menjerit jugak.. sebab mesti ambik masa kalau abah aku nak kuar tolong aku ker apa ker.. so aku fikir aku kena buat sesuatu..

bila aku pandang salah sorang mamat yang sedang MEMATUNGKAN DIRI tu.. aku perasan yang salah sorang tu adalah mamat yang lalu kat sebelah teksi aku tadi.. yang aku heran mase dia lalu tepi teksi aku tu sorang jer.. tup2 depan rumah aku dh ada 2 orang.. sah2 dorang dah lama usha aku.. jadi kawan dia mmg dh standby depan rumah aku tu..

mase tu aku memang dh gabra gila.. sebab xder orang dekat luar.. habisla aku kali nie.. kalau mat motor tu rase pandai tunggu aku dekat pagar besar tu dalam gelap.. tapi aku lagi pandai.. ngeehh ngeehh!! sebab apa tau sebenarnya ada satu lagi pagar kecik buatan abah aku (PAGAR YANG TELAH DIGUNTIG!!  ngeehhhh!!! ngeehhh!!) betul2 depan rumah aku.. so aku mmg pasti yang mamat nie x tau.. tapi wlupun pagar tu abah aku gunting klu nak masuk pun agak payah jugak.. sebab pagar tu aku kena koyakkan untuk masuk.. maklumlah pintu rahsia mestila macam susah skit kan.. huuu..huu..

aku pun apa lagi dengan lafaz BISMILLAH dan sempat lagi kira 1 2 3

dan aku terus membuka langkah maraton aku..  longkang dan sampah yang menimbun tinggi pun aku boleh redah.. dan aku terpakse menunjukkan skill lompat pagar untuk meredah sampah tu..hee..hee.. lepas pulak tu.. huaaa..huaaa...

Attttaaaaaaaaaaa!!!

dan akhirnya sempat aku naik ke rumah.. (yerr saya menang!!!!hee..hee.. )

 yeeehhhhhhhhaaaaaaa!!

sampai pintu rumah tu aku menjerit2 minta tolong suh abah buka cepat pintu tu..

tiba2 kan aku dengar mamat tu menjerit dekat kawan dia "OIII MANA BUDAK TU HA".. YA ALLAH  baru aku tahu sebenarnya dorang sedang berlari maraton together gether dengan aku.. padahal aku dah naik rumah nie tapi dorang x perasan.. dorang duk carik dekat semak samun sebelah rumah aku tu.. abah aku pun cepat2 buka pintu nak tahu apa yang berlaku..

aku pun terus bagi tahu abah yang peragut kejar aku td.. tp abah aku xderla kejar peragut tu.. kita orang kat luar menyaksikan mamat 2 orang tu mencari aku.. sesi mencari HARTA KARUN..  huuu..hhu... bila dorang cari x jumpa.. dorang x puas hati tu... aku duk luar tu aku tengok dorang round dekat kawasan rumah aku tu beberapa kali sebab nak cari aku dekat mana.. yang peliknya dorang x perasan pun aku sedang tgk dorang.. padahal memang dorang betul2 depan aku jer.. cuma yang memisahkan adala pagar rumah.. maybe dorang x aspek yang orang didepannya tu adalah aku.. ialah sbb dorang x tau pintu rahsia aku tu wujud.. dorang ingat aku duk menyorok dalam semak tu..

sejak tu kan aku x berani sangat nak balik lewat.. kalau balik lewat pun aku akan suruh abah ambik dekat stesen putra.. so mana2 kita pegi pun mesti alert.. kena pandang kiri kanan.. macam skang nie klu aku jalan sensorang aku sentiasa memastikan sekeliling aku.. korang semua pun kena hati2 yer..

Wednesday, June 8, 2011

4 beranak nyaris rentung

KAJANG: Samun dan bakar rumah dipercayai antara taktik terbaru digunakan penjenayah bagi menghilangkan kesan serta bukti kegiatan pecah rumah yang dilakukan mereka.
Bagaimanapun, taktik terbabit hampir meragut nyawa empat beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) apabila rumah mereka dibakar ketika tidur nyenyak dalam kejadian Ahad lalu.

Dalam kejadian di Taman Tasik Semenyih, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi itu, keluarga terbabit yang tidur di bilik tingkat atas terjaga selepas mendapati bekalan elektrik di rumah terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur asap tebal memenuhi tingkat bawah rumah.
Mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata dia bersama suami, Mohd Asron Nizar Othman, 35, panik dengan kejadian itu dan bagi menyelamatkan diri dan dua anak termasuk anak bongsu yang juga OKU, Mohd Mualim, 3, mereka terpaksa terjun dari tingkap sebelum disambut penduduk kampung yang sedar kejadian itu.


“Saya tersedar apabila elektrik terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur, saya lihat asap tebal di tingkat bawah. Saya dan suami mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung.

“Pada mulanya kami menyangka kebakaran berlaku akibat lintas pintas, tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya di tingkat atas hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar,” katanya.
Difahamkan, sejak awal tahun ini, empat kes dilaporkan dipercayai menggunakan taktik sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, ketika dihubungi berkata, beberapa kes yang dilaporkan berkenaan setakat ini hanya dakwaan pemilik rumah, namun siasatan lanjut dijalankan.

BAYI TERJERLUS - HARIAN METRO

KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang baru pandai merangkak, maut, selepas terjatuh ke dalam laut menerusi lubang tandas rumahnya di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, semalam.




Mangsa, Alben Abdullah ditemui terapung di laut kira-kira 25 meter daripada rumahnya oleh seorang jiran, jam 2.40 petang dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) sebelum disahkan meninggal dunia.


Mangsa dipercayai merangkak keluar daripada bilik menuju ke bilik mandi sebelum terjatuh ke dalam lubang tandas tanpa disedari bapa saudaranya, Rasil Abdul, 27, yang menjaganya ketika itu.

Ketika kejadian ibunya tiada di rumah kerana bekerja di sebuah restoran di bandar raya ini dan bayi berkenaan dijaga Rasil.




Ahhh sedihnya aku baca article nie.. kerana kecuaian dan kelalaian menyebabkan satu nyawa terkorban.. apa2 pun semuanya telah ditakdirkan..


semoga rohnya dicucuri RAHMAT.. AMINN.. 

PUJUKAN PAK NIL SELAMAT NYAWA - HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.
Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.



Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaa



Dalam hal ni sapa yang harus dipersalahkan.. adakah AH LONG atau si peminjam.. apa2 pun aku xnak menuding mana- mana pihak.. mungkin kita fikir membuat pinjaman dengan AH LONG menyelesaikan maslah kewangan tapi sebenarnya menambahkan masalah dan bala.. JADI fikirkan2la..


Apa-apa pun aku puji keprihatinan PAK NIL.. GO PAKNIL!!!!

PERLU IKUT GERAK HATI

Assalamualaikum..

malam nie aku nak citer pasal  GERAK HATI.. mesti korang baca macam x berminat jer.. tapi sekurang2nya sedikit sebanyak boleh jadikan panduan untuk korang semua..

Masa tu aku baru jerla kerja dekat satu company nie..maklumlah company baru.. jadinya aku jela satu2nya staff dekat company tu.. dari kerja kerani, tea lady merangkap cleaner kiranya aku nie dijadikan package la buat segala hal kerja..

tempat kerja aku tu pulak dahla sunyi.. level aku tu hanya company aku tu la satu2nya.. ha dengar pun cam seram.. tapi memang seram pun.. ialah bukan apa takutla ada orang mark kita ker kan.. dah la tu tiap2 pagi aku yang kena buka opis tu.. opis aku pulak tingkat 1.. so memang sunyi.. pulak2 nak buka shuttle dulu.. adoii bikin seram lagi aku..

nak dipendekkan citer, tiba adala 2 orang lelaki yang ceruk mana datangnya.. tapi yang pasti bangsa asing.. aku ingat klu x bangla maybe myanmar atau seangkantan dengannya.. pintu opis aku nie canggehla pintu auto.. (padahla opis lain pun semua ada..ngeehh ngehhh) jadi hanya aku sahaja yang boleh buka melainkan ada pas masuk.. dua orang nie datang, dah la x cakap bahasa melayu.. speaking london pun x jugak.. lepastu dia saje cakap pelan2 supaya aku buka pintu tu.. 

tp gerak hati aku berkata jangan buka macam ada x kena.. so aku pun macam risau dalam kemusykilan jugak.. boleh pulak dia buat drama dekat luar tu.. cara dia ckp bos aku ada order sample stokin.. so memandangkan company aku ni company advertising jadi aku fikir maybe betul la kut.. tapi aku heran xder pulak bos aku bagi tau apa2..

masa aku nak buka pintu tu sangatla berat hati.. tapi memandangkan kalau betul x pasal2 aku kena marah dengan bos.. bila aku dh buka, dua orang tu terus nak tawaf aku punyer opis dan buat2 kalut.. aku pun pelikla.. lepastu salah seorang telah bawa aku ke bahagian belakang dan sesedap oren cakap menggunakan bahasa yang aku x paham.. ntah apa2 yang dia tunjuk.. aku nie pun time tu memang ble gila..

lebih kurang dalam masa 3 minit,  kawan lagi sorang tu datang dan dorang terus keluar.. aku pun dh kompius... lepastu aku masuk bilik bos aku tup2 latop bos aku telah dirembat oleh lanun 2 orang tu.. apa lagi aku terus mengigil.. pasal latop bos aku hilang tu satu hal, tapi yang aku paling takut bila mengenangkan aku sorang2 dekat level tu.. nasib baikla dia x apa2kan aku.. AHHHHHHHHHHH TAKUTNYAAA...

nasib baik jugak dia x rembat handphone dan duit aku.. padahal ada atas meja.. aku pun apa lg terus call bos dan bos aku terus pasang CCTV dekat opis.. ha bila dh jadi mcm nie barula nak ambil tindakan.. tapi yang penting aku selamat.. ALHAMDULILLAH..

So korang yang ada TERGERAK HATI tu better follow jer apa yang korang rase.. sebab macam aku dah banyak kali terjadi.. GERAK HATI selalu menyelamatkan aku.. AMIN!!!!

SERAM YANG X BERAPA NAK SERAM

Assalamualaikum..

skang nie kan macam terpikir pulak nak kongsi citer dengan korang pasal kisah seram yang x berapa nak seram yang aku alami sendiri.. kisah yang x dapat aku nak lupakan.. memang tragisla.. memang x berapa dasyatla..

Masa tu umur aku 18 tahun.. mak abah anta aku balik kolej.. maklumlah balik dari bercuti.. tak silap aku sampai kolej dalam pukul 11 malam.. asrama aku nie pulak 13 tingkat dan asrama yg aku duduk tu pulak nun yang paling tinggi sekali tingkat 13.. Aku explain skit camner agaknya kolej aku nie yer.. senang korang nak paham..

- tingkat GF - tingkat 4 (KULIAH)
- tingkat 5 - tingkat 9 (PARKING)
- tingkat 10 - (ASRAMA LELAKI)
- tingkat 11- (ASRAMA PEREMPUAN - TAPI XDER PENGHUNI)
- tingkat 12 - 13 (ASRAMA PEREMPUAN)

aku selalu la dengar dorang citer kawasan kat sana tu kerasla.. ada yang kena kacaula.. macam-macamla.. tapi aku malas nak ambik port.. bukanla aku x percaya benda2 ni cuma kalau aku percaya sangat nanti aku yang takut..ngeehhh!! nggeehh!! lebih baik jangan ambik tau.. senang citer..

tapi  dorang cakap yang paling seram tingkat 7 (PARKING KETER).. konon2nya ada orang mati bunuh diri x silap akula.. lepastu kalau malam tingkat tu memang gelap xder pasang lampu lansung.. sebab dulu kolej tu adalah pasaraya.. bila pasaraya tu dah pindah, jadi kolej aku nie pun ambik alih.. sebab tu yang tinggi kemain..

berbalik pada citer aku tadi, bila aku dh sampai kolej, masa aku nak naik lif tu tiba-tiba macam terpikir pulak keseraman yang selalu orang duk cite kat tingkat 7.. pastu pintu lif tu terbuka macam tunggu aku masuk.. aku pulak duk menung dekat pintu lif tu teragak2 nak masuk ke xnak sebab tetiba cam takut kan.. bila aku memikirkan mak abah tunggu kat bawah jadi aku gagahkan juga melangkah masuk ... lagipun aku fikir insyaALLAH xder apa.. maybe aku jer yang fikir bukan2

tanpa segan silu aku pun tekan la button 13.. kerana keseraman dah menguasai diri aku, aku x berani nak pandang no yang timbul masa lif naik tu.. dalam lif tu pulak mase tu aku sorang2 jer. tu yang bengang.. macam drama la pulak.. 


tiba2 kan bunyi TEENNGGG menandakan yang aku dah sampai ke tingkat 13.. fuhh aku pun cam legala.. dengan CONFIDENTIALnyer aku nak kuar..tp aku heran jugak APE KE HE pulak macam cepat sangat sampai.. selalu cam lama jer.. dan dengan semangat keberanian yang telah aku kumpul aku pun tengok no yang timbul.. bila aku tengok ANGKA 7 yang terberhenti.. dan2 tu aku rase macam nak masuk ICU.. aku rase mimpi ker atau aku terkena dalam rancangan TV WA KENA BEB ker.. biar betul.. mase tu pulak aku berdiri betul2 dekat button lif tu (DUK DEPAN BEB).. aku pun tarik nafas dalam.. apakah bakal yang akan menimpa aku..

Tanpa rase belas kasihan dan dengan selamba badaknya pintu lif tu terbuka.. yang aku bengang tu lif yang aku naik tu pulak pintunya bukan buka dari tengah  macam nie



tapi pintu yang buka dari tepi macam gambar kat bawah nie..



korang mesti faham kan bila nak tunggu pintu buka mengambil masa yang agak lama (walaupun x sampai  5 saat).. dah la tu pintu lif tu pun menggigil-gigil time buka.. tu yang buat aku lagi bengang.. samada lif tu mengejek aku yang sedang turut menggigil.. bunyi pintu lif tu buka pun dh seram.. aku pun standby kat depan tu.. dan aku pikir apakah bakal yang aku nampak nanti..

bila habis jer pintu lif tu buka, aku tengok gelap gila x nampak apa2 pun.. mula2 aku ingat ada orang tekan.. tapi bila memikirkan xder sapa yang ada kat tingkat tu aku pun hanya sempat baca BISMILLAH dan terus tekan BUTTON



pintu tu pun tutup.. aku rase macam lega sikit sebab xder apa2 yang berlaku.. tapi tiba2 pintu lif tu terbuka balik untuk kali ke DUA.. ahhhhhhhhhh TIDAKKKKKKKKKKKKKK.. aku rase kali nie memang betul2 akan masuk ICU.. dan kali nie aku lebih bersedia menghadapi dan aku pasti kali ini aku akan nampak sesuatu yang aku x duga.. mase tu aku hanya boleh baca BISMILLAH.. itu jer aku ingat dan boleh baca masa tu.. kuaanggg. kuangg CUAK tu..

bila kali kedua buka.. aku still x nampak apa.. rase lega sangat.. dan aku tekan balik butang close dan kali nie aku nekad xkan lepaskan button close tu selagi lif x jalan.. dan mase tu aku fikir kalau aku tekan button close tu tapi pintu lif tu still terbuka.. maknenyer aku terpakse redha dan pasrah apa yang akan aku lalui.. sebab klu aku nak keluar dari lif tu x boleh.. sebab pintu dekat bahgian lif tu dorang kunci.. so klu aku keluar dari lif tu aku akan terperangkap di tingkat 7.. jadi nak xnak aku terpakse duduk jugak dalam lif tu..

bila aku dh tekan buton close tu.. aku harap pintu tu x buka.. kali nie nasib aku baik pintu tu x terbuka tapi kan lif tu xnak jalan.. AHHHHHHHHHHHHHHH NAK NANGIS TU..... naperla time aku sensorang pulak jadi mcm nie.. kalau ikutkan aku nie memanglah seorang yang pengecut.. tapi memandangkan aku dah sensorang tu aku terpaksela memberanikan diri.. aku x putus asa untuk tekan jer button close tu.. dalam 2 minit lebih kurang aku tekan button close tu barula lif tu jalan.. 

dan masa lif tu jalan aku dengar satu suara yang agak menyeramkan mentertewakan aku.. suara tu sayup2 jer.. tapi aku x sure la sore tu betul2 aku dengar atau aku jer yang wat2 dengar..hee..hee.. walaupun lif tu dah berjalan naik atas.. tapi aku masih dalam ketakutan selagi x sampai ke destinasi yang aku tuju tingkat 13.. bila sampai jer tingkat 13 pintu lif terbuka dan aku nampak ada dua lembaga depan lif tu.. aku pun menjerit sekuat hati.. AAHHHHHHHHHHHHHHHHH.. rupanya2 kawan aku daaa...ngeehhh!! ngeehh!!

kawan aku terus berikan soalan2 cepuemas sebab tengok muka aku yang pucat lesi.. tapi aku x citer dengan dorang.. aku suh dorang teman aku hantar barang dulu dalam bilik dan temankan aku trun bawah untuk jumpa mak abah yang tgu kat bawah.. lepas salam mak abah dan naik atas barula aku citer dengan kawan2 aku.. mase tu semua pun ketakutan..

sejak dari hari tu aku memang FOBIA naik lif sensorang samaada siang atau malam.. 

HA SERAM X CITER AKU.. KALAU KORANG PULAK CAMNER? cerr citerr... cer citer..

NAK PINDAH KER X NAK?

Assalamualaikum!!


1st time nak citer2 nie.. selalu baca dalam blog orang lain jer.. macam-macam citer ada.. bila nak buat x tau pulak nak citer apa.. tapi skang nie cuba2 nak citer wlupun mcm x best.. lantak pi la kan.. janji aku nak luahkan apa yang aku rase..


hari nie aku tengah runsing memikirkan patutkah aku pindah ke rumah baru dan tinggalkan mak abah? aahhh pening2.. bukan apa  dari bujang sampai dh kahwin masih tinggal dgn mak abah.. sebenarnya aku suka jer duduk ngan mak abah sebab sekurang2nya aku boleh jaga dorang.. selama nie pun dorang duk jaga aku.. bersusah payah utk aku.. la nie tiba masanya utk aku balas balik budi mak abah..


cuma tula bila duduk dengan orang tua nie kesabaran, kekuatan dan ketahanan diri sangatla tinggi.. dan sangat2la menguji...atooiiiii!!!!!!! kadang2 rase cam HARI INI JUGAK NAK PINDAH!!! haa..haa.. sungguh kurang sopan aku ni yer.. nasib baikla aku ada suami yang sangat baik dan terlalu memahami serta x kisah duduk dgn mak abah wlupun kadang2 ada terasa hati..


dan sekarang nie aku rase dh tiba masanya utk aku dan suami berdikari dan bina hidup kami.. harap2 mak abah x berkecil hati jika aku pindah.. KAMI SAYANG MAK ABAH!!!!! uuuuwaaaaaaaaaaaa... cam tersedih pulak..

APA CITER MENARIK