Best

Wednesday, June 8, 2011

PUJUKAN PAK NIL SELAMAT NYAWA - HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.
Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.



Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaa



Dalam hal ni sapa yang harus dipersalahkan.. adakah AH LONG atau si peminjam.. apa2 pun aku xnak menuding mana- mana pihak.. mungkin kita fikir membuat pinjaman dengan AH LONG menyelesaikan maslah kewangan tapi sebenarnya menambahkan masalah dan bala.. JADI fikirkan2la..


Apa-apa pun aku puji keprihatinan PAK NIL.. GO PAKNIL!!!!

No comments:

Post a Comment

APA CITER MENARIK