Best

Wednesday, June 8, 2011

BAYI TERJERLUS - HARIAN METRO

KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang baru pandai merangkak, maut, selepas terjatuh ke dalam laut menerusi lubang tandas rumahnya di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, semalam.




Mangsa, Alben Abdullah ditemui terapung di laut kira-kira 25 meter daripada rumahnya oleh seorang jiran, jam 2.40 petang dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) sebelum disahkan meninggal dunia.


Mangsa dipercayai merangkak keluar daripada bilik menuju ke bilik mandi sebelum terjatuh ke dalam lubang tandas tanpa disedari bapa saudaranya, Rasil Abdul, 27, yang menjaganya ketika itu.

Ketika kejadian ibunya tiada di rumah kerana bekerja di sebuah restoran di bandar raya ini dan bayi berkenaan dijaga Rasil.




Ahhh sedihnya aku baca article nie.. kerana kecuaian dan kelalaian menyebabkan satu nyawa terkorban.. apa2 pun semuanya telah ditakdirkan..


semoga rohnya dicucuri RAHMAT.. AMINN.. 

No comments:

Post a Comment

APA CITER MENARIK